USIA DI HUJUNG SENJA



Cuba perhatikan orang orang tua yang lebih lama hidup daripada kita?? kadang nampak mereka ni macam dah tak berminat utk hidup,kadang nampak mereka ni macam dah bosan dengan hidup yg susah,menanggung sakit,derita dan sengsara!!Di wajah mereka nampak semua itu!Dari kerut wajah dah nampak tidak ada ceria lagi!!Nampak macam depa bosan dgn hidup ini~~Yang kaya raya dan sihat memang nampak mereka lebih semangat utk teruskan hidup.. ni yg duk sugul di wajah macam ada seribu duka nestapa!!!





Iya..tiada siapa yg mahu hidup susah dan menanggung berbagai beban yg sarat....tapi takdir hidup sudah demikian jadinya, bagaimana lagi mahu mengelaknya!! Gelak sudah tidak lagi menampakkan bahagia, tawa cuma sebagai penyambung cerita2 duka semata!! 





Hidup seolah menumpang cuma....menatap keberadaan org2 kaya yg kekadang berbicara tanpa memandang muka!! Kalau ada majlis di undang juga....tapi tempat duduknya di penjuru atau bucu yg jauh dari sembang2 enteng org2 berada....





Di masa sakit ke hospital jua...tapi ubat-ubatannya cuma yg biasa, bukan macam org kaya yg ada specialist centre ... ubatan yg cuma sebagai penahan dari bisa tatkala lewat kesakitan memenuhi rasa anggota....

Kita cintakan keamanan dan kemanusiaan...adakah kita punya rasa prihatin....??
Mari sama2 berganding tangan.... membantu mereka yg di hujung usia.....



~~~ zakat, derma, bantuan serta doa ada pada kita !!! hulurkan sumbangan yg termampu ~~~


32 comments:

Rozita Ceritaita said...

teringat abah kalau tengok gambar2 camni..betapa sengsaranya abah nak teruskan kehidupan di masa lalu...

Aesya Zealous said...

walaupun pahit.hidup perlu diteruskan

cahaya said...

hai, dari group kelab blogger, x dapat nak balas komen kamu disana,sbb fb kne block dari like n comment.
pape pown, saya da follow awak :)

Unknown said...

Terimakasih Cahaya kerana sudi berkongsi rasa di blog saya...moga kita sama-sama mengambil manfaatnya...

Unknown said...

semua kita menuju hari tua kiranya tuhan izinkan...pengajarannya perlu kita menyiapkan diri utk menghadapinya....kita hanya merancang hanya Allah yg mengetahui setiap takdirNya.

Unknown said...

yup...selagi bernafas hidup perlu di teruskan....

Unknown said...

hey . done follow . bgus jgk buat entry ni . at least ingatkan kite kann

Unknown said...

suke entry ni . btw lynn done follow

Unknown said...

Terimakasih Lynn di atas komen anda...dan terima kasih di atas kesudian follow blog saya....kita sesama mengingati akan hari tua kita yg belum pasti yg macam mana erk....

✿INA AINAA✿ said...

kita yg muda ni pun akan jadi macam ni suatu hari nanti... =)

Unknown said...

YA BETUL AINAA...terimakasih di atas komen ~~~

Cik Nas :) said...

kita semua akan lalui benda yang sama, bezanya cara kita melalui.. :)

Unknown said...

Cik Nas...mungkin cara persediaan kita akan membentuk acuan seterusnaya...InsyaAllah

Cik Fie said...

hidup kena teruskan jugak :)

www.cikfie.com

Unknown said...

dah lame follow sini

Unknown said...

Tapi orang tua lagi kuat berbanding bdk2 zaman sekarang yang baru kena sikit dah mcm2.. x nak hidup dah la nak tu la ni la.. Dorg tu lg kuat menahan cobaan hidup ni. apa yang dorg minta cuma secebis kasih sayang dan belas kasihan dari yang mengasihi. itu pun kadang2 orang alpa dan biarkan dorang berdedih. Manusia kan..

Unknown said...

salam...bekalan akhirat penting..

sitirohaida said...

xsampai hati nak tengok ..follow u

Unknown said...

bersedia utk meniti kehidupan hari tua...

Unknown said...

munajat kepada yg Esa

Unknown said...

jangan lupa pada yg tiada

Ana Farhana said...

org yg byk cerita ttg hidup..

meen said...

waaaa teringat abah saya kat kg...satu ahri nanti pasti kita laluinya..andai dipanjangkan usia :)

Mohd Sabrie said...

done follow bro..:) free2 singgah myblog http://yieweezer5915.blogspot.com/2012/12/astro-full-package-vs-internet-high.html :)

Unknown said...

Testing :D

Ibu Aqmar said...

Ingatan pada diri sendiri, berbakti pada org tua sementara mereka masih ada. Buatkan mereka tersenyum n bahagia. Semoga usia tua kita akan dipenuhi kegembiraan n kebahagian yg diberkatiNya nnt. Aamiin

Lissa said...

touching plak bila bace entry ni. tetiba teringat arwah ayah lisa. :'(

Unknown said...

Lissa..semua kita ada kenangan, semoga arwah bapa2 kita di tempatkan di kalamgam org yg berIMAN...Amin

Unknown said...

Salam… saya just nak bagitahu yang saya dah tukar link.. ni link blog saya

www.papablogger.com

lynmunir said...

Blog yang bagus dan lagu yang sedap didengar. Dan yang paling penting entri ni mengimbas nostalgia dengan aruah bapak. Miss him so much.

mselim3 said...

pehh...kalu kita dah tua mcam nie jugak kan...setiap manusia memang x semestinya berada di atas , ada masa di bawah jugak....ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara,..salah satunya ...ingat masa muda sebelum datang masa tua kamu....heheh

pls: Ingatan ini sebenarnya utk saya jugak...amin.

Abe Din said...

Semoga umur panjang diberi keberkatan-Nya. Amin