Baju Perisai Abad Ke Enam Di Temui Di Jepun

Sekumpulan arkeologi menemui baju berperisai yang di pakai seorang lelaki yang tertimbus pada abad ke enam di sebuah kawasan yang di kenali sebagai Pompeii Jepun.




Beberapa ahli arkeologi berkata, mayat lelaki tersebut mati akibat lahar gunung berapi yang melintasi penempatannya. Mayat itu di dapati memakai baju perisai yang mengandungi plat logam. Penciptaan baju perisai itu mungkin menggunakan teknologi yang hanya boleh di dapati dari Semenanjung Korea.






Lokasi penemuan tersebut terletak di kaki gunung berapi Haruna bertempat di Kanai Higashiura dalam wilayah Gunma sekitar 110 kilometer ke barat laut Tokyo.





Penemuan yang menggemparkan itu di sebuah kawasan yang di kenali oleh peminat gunung berapi sebagai Pompeii Jepun yang merujuk kepada Kota Pompeii di Itali yang musnah dalam letusan Gunung Vesusvius pada tahun 79 Masihi.






*Sumber berita AFP

5 comments:

Mrs Velentine said...

ni betul2 peningalan sejarah

Kusyt.D.Luffy said...

perghhh...

hotmasakini said...

folo me back http://hotmasakini.blogspot.com/

Azlan Strider said...

artifak yang menarik..

Regards,
-Strider-

Sham Kalasia said...

KEHIDUPAN KITA SENTIASA MISTERI....DI LITUPI ZAMAN SEJARAH LAMPAU YANG BERABAD LAMANYA...