SELAMAT TAHUN BARU .. ADA AZAM BARU KER??



Setiap kali tibanya tahun baru macam tradisi pulak dok tanya pasal azam.
Dah tercapai ka azam tahun lepas? Berapa persen... 40%? 60%? 90%? ...hahaha ukur pakai apa tu? Azam adalah penanda aras bahagia? Huhu..tentu tidak sama sekali!! Banyak orang yang berazam..sebab azam itu adalah impian, harapan dan daya usaha. Banyak juga yang tak dapat menggapainya, tetapi masih mampu tersenyum untuk membuat azam baru di tahun yang baru!!


Azam adalah kesungguhan yang patut di usahakan ... yang harus di buru matlamatnya supaya tercapai hasrat. Tetapi berapa keratkah yang punya semangat macam tu? Banyak yang cuma pandai mengukir ayat dari bibir, supaya orang lain nampak yang dia pun mempunyai azam .. masuk februari timbul ayat lain pulak !!! Hahaha... hilang entah ke mana..


2012 hampir sampai ke penghujungnya dan akan bermula di tahun yang baru, buatlah sesuatu yang positif supaya kesilapan akan mengajar kita tentang erti kejayaan !! Sekalung tahniah buat kawan2 yang berjaya, labuhkanlah tirai tahun 2012 dengan .. hip hip hooray :)

Chaiyok....SELAMAT TAHUN BARU







2 comments:

Lynn Abd Aziz said...

Abang sham ditag . Harhar http://schazlynnfluvery.blogspot.com/2012/12/contest-kind-of-boy-that-im-attracted.html

Zack Kool said...

erm, yg Zack tahu, I'll be 17 y/o in 2013