SAYANGI AYAH, KASIHI IBU






Semua orang mengejar impian, semua orang pakat-pakat sibuk memenuhi keperluan kehidupan masing-masing...
Setiap kali bangun dari tempat tidur, fikiran akan terus bermain-main, mencuba itu dan ini supaya hidup ini lebih sempurna...

Masa kita kecik-kecik dulu semua keperluan akan di sediakan oleh ayah ibu, bab makan bab pakaian bab sekolah..ayah dan ibu cuba adakan.
Susah payah hidup kita tak paham pun, yang kita tahu semua yang kita minta ayah ibu kena adakan!

Sekarang kita dah dewasa, mula dengan simpang siur hidup sendiri dan baru mula nak paham apa itu payah, apa itu perit! Anak orang berada mungkin tidak sesukar macam anak-anak orang kurang berada atau yang miskin. Depa masih ada ibubapa yang masih boleh tolong kalau susah, tapi bagi anak orang miskin? Semuanya kena usaha cari sendiri,,, nak bagi ada walau tak sehebat orang lain.

Bila kita sendiri yang kena cari, baru kita tau stress, baru kita rasa bebanan, bak kata orang Kedah,,,, baru kita kenai rabu khamis, jumaat jarang-jarang!!
Dari pengalaman ini baru kita tersedar tentang kepayahan ibu ayah menyara kita supaya kita dapat hidup bernafas sampai ke hari ini.







Tapi apakah penghargaan kita pada ibu ayah kita? Adakah kita menjengah, bertanya khabar dan menziarahi mereka? Adakah sibuk sangat kita ini sampai tak sempat luangkan masa untuk semua itu? Jangan pernah lupa bahawa ibu ayah kita, punca sumur kita, tanpa jasa mereka, umpama tiada bulan dan matahari!

Benar apa kata Pujangga, kalau kita tak mampu tentang segala-galanya untuk tanda terimakasih kita pada ayah ibu,,, berdoalah dan hadiahkan Al-Fatehah setiap kali bangun dari tidur. Itu memadai bagi yang betul-betul daif sesangat. Hikmahnya Tuhan akan mempermudahkan rezeki dan beri kesihatan yang baik pada kita.

Ayah dan ibu tidak meminta balasan atas jasa-jasa mereka, yang di harapkan cuma ingatan kasih sayang dari seorang anak....
pulanglah tika ruang berbakti masih ada...




21 comments:

LeNsA said...

kasih ibu bapa tiada berbelah bahagi^^

Aku Penghibur said...

kasih ibu tidak terganti ..^_^

N.S.I said...

Sayangilah mereka dikala mereka masih ada

AisYa IeyKa said...

dah follow , follow bck okey http://aisyaieyka.blogspot.com

Lina md. munir said...

Kasih ibu tiada 2nya di dunia ini.

Mahamahu said...

Tiba rasa rindu kat mak ayah kat kg.. heheheh Singgah mlm hari sebelum krismas nak bagi trafik kat kawn2 blogger hehehe...

Yaya Azura said...

Alhamdulillah saya dekat dengan ibu ...

1st time dengar 'baru kita kenai rabu khamis, jumaat jarang-jarang'

I love Sleep said...

=)

Nik Ainaa said...

done follow !

Nurrul said...

TANPA DIA SIAPALAH KITA :)

Fatin Zaini said...

Subhanallah best laa entry.. tersentuh bila baca :)

Fatin zaini singgah dan follow anda!
www.fatinzaini.com

catherine- said...

cuti hujung tahun ni, pakat balik kampung jumpa mak ayah.

ok, sy xde mak tskkk T_T


Sham Kalasia said...

Catherine....saya pun dh xder mak dan ayah...rindu sangat pada mereka...berkelana keseorangan sebagao yatim piatu....pada yang masih punya ibu dan ayah, hargailah mereka ketika mereka masih ada....

KY said...

besar pengorbanan mereka, kita akan lebih mengerti apa yg mereka lakukan setelah kita juga mempunyai anak2..kan?

sentiasa sayangi mereka Al-fatihah buat ayah dan bondaku

emy said...

Betul. Kasih mereka pada kita adalah segala2nya

kopi pasta said...

untung ak masih lagi memiliki mereka berdua.. menunggu masa utk berbakti kpd mereka yg aku yakin bakti tu xkan mampu mnandingi susah payah mbesarkan aku :')

Syarifah Nadia Syed Mohsin said...

nad dh takde ayah.. cuma ade mama je.. kalau xde mama nad pon tataw ape akan jd kt nad.. huhu

luqman zakaria said...

sy syg mak ngn ayah saya..x sabar nk balik kampung..huhu

sHaRiNa eLyaNa said...

I miss my late father :(
but anyway Im done to follow u :)

Cik Aeda said...

That right bro! Kasih mereka tiada pengantinya ^^

kasih Rembulan said...

:) hope i know how to love my dad.