Sembang Santai Sosial PAKANAS

DIARI PROGRAM PAKANAS



                                        MAJLIS SEMBANG SANTAI BELIA PAKANAS JULAI 2012

Haa kawan2...inilah gambar majlis yang PAKANAS anjurkan, tujuan program yang di anjurkan ini adalah untuk menyatukan anak2 muda dan belia2 di Mukim Sanglang...yang meliputi 23 buah Kampung.
PAKANAS adalah singkatan dari Pertubuhan Kemajuan Anak2 Mukim Sanglang yang berdaftar dengan JPPM. Objektif utama penubuhan ialah membantu masyarakat untuk menangani permasaalahan yang berbagai2 contohnya, gotong royong, bencana alam, keselamatan serta menyokong agenda2 pembangunan setempat dan lain2 perkara yang melibatkan kerja2 untuk masyarakat.



Jangkaan awalnya hanya ingin menarik penyertaan sebanyak 200 orang sahaja..tetapi sambutan yang di berikan sungguh di luar dugaan, sebanyak 600 orang lebih telah menghadiri majlis ini. Pihak penganjur terpaksa menambah jumlah durian serta makanan yang lain! Turut di selitkan dalam program ini ialah lawan karom, dart serta cabutan bertuah. Di samping itu juga, pihak penganjur turut mengundang dramatis Sutun, ahli sukan Sukma serta Group Unplugged UUM, untuk segmen persembahan.



                              Gambar-gambar sekitar majlis PAKANAS di KALASIA RESTORAN



































Dengan jayanya majlis ini berlangsung akan bertambahlah semangat untuk penganjuran yang akan datang...
Terimakasih pada semua yang menjayakannya.


No comments: