SELAMAT TINGGAL KEGAGALAN !!!



                                      

                                            MOTIVASI UNTUK AKU DAN KAMU


Kita sering terdengar keluhan.. "mengapa hidup aku tiada perubahan walau sekian lama aku berusaha"? Maksudnya mungkin nasib masih di takuk lama atau tidak mendapat apa yang selayaknya. Tapi adakah kita pernah membuat pertanyaan 'kenapa' dengan hati yang tulus?


Kata Cikgu Pengalaman....#


"Untuk menuju keberhasilan, niat dan usaha yang betul mesti di lakukan dengan penuh kesedaran.. bukan sekadar melafazkan dan bukan untuk di tulis/catat sebagai azam semata". 


Kata Cikgu Kejayaan....#


"Bukan semua apa yang kita rancang akan mendapat hasil yang kita harapkan, kita harus bersedia menerima keputusan kegagalan.. kerana kegagalan akan mengajar kita tentang kesilapan supaya dapat di betulkan dan tidak terulang lagi"!

Selamat tinggal 2012
   Sambutlah salam usaha dari kami semua 2013.






KONTROVERSI BUKU SETAN, SYAITAN, SULTAN DAN SYED HUSSIEN AL-ATTAS



Buku yang di karangi oleh Syed Hussien Al-Attas ini di katakan menggugat ketenteraman awam serta menghina sultan dan telah di tangkap kemudian di bebaskan.
Saya pun belum membacanya lagi, di khabarkan juga tajuk-tajuk dalam buku yang kontroversi ini mengkritik bab-bab yang menyentuh kepentingan sultan....





ISI KANDUNGAN Buku Setan Syaitan Sultan:


Bab 1 - Setan, Syaitan, Sultan

Bab 2 - Siapa Yang Disembah

Bab 3 - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim

Bab 4 - Terkenang Semasa Dahulu

Bab 5 - Antara Balai Rong Dengan Balai Rakyat

Bab 6- Peguam Di Buru oleh Raja

Bab 7 - Pewaris Istana, Putrajaya atau Sg.Buloh

Bab 8 - Syurga dan Neraka Dunia

Bab 9- Dari Istana ke Bilik Suluk

Bab 10 - Tipu Sultan, Sultan Tipu Punya

Bab 11 - Lagu Tiga Kupang

Bab 12- Tuanku Mahathir Lawan Sultan Mahmod Iskandar

Bab 13 - Pewaris Sultan Selangor di Melaka

Bab 14 - Merdeka, Merdeka, Merdeka, Mahu Duitkah?

Bab 15 - Manusia, Khalifah dan Sampah

Bab 16 - Peragut Kuasa Bermaruahkah Mereka?

Bab 17 - Misteri Sultan Azlan Shah (7)

Bab 18 - Misteri Sultan Azlan Shah (6) 

Bab 19 - Penyamun Tarbus: Benar atau Fitnah?

Bab 20 - Bila Anak Raja Terlampau Pandai

Bab 21 - The Ugly Muslim vs. The Innocent Muslim


---------------------------------------------------------------------------------------------


                           
                                                                Pak Habib dan Tun Mahathir


                                                                
                                                                Syed Hussien Al-Attas @ Pak Habib



Nama sebenar penulis ini ialah Syed Hussien bin Alwee, lahir pada 21/09/1941. Seorang penulis yang pernah menulis sebanyak 65 buah buku dan salah satunya bertajuk MEMO UNTUK NAJIB.



Buku bertajuk Setan, Syaitan, Sultan ini pernah di jual di pintu masuk Restoran Riverside Aras 2, PWTC. Penulis ini telah di tahan polis untuk di ambil keterangan dan telah di bebaskan dengan jaminan pada hari yang sama. Sebanyak 13 buah buku Setan, Syaitan, Sultan telah di rampas.



Penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah menjadi kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO. Syed Abdullah @ Uncle Seekers pernah di tahan Julai lalu berikutan kontroversi penyiaran artikel dalam blognya yang di katakan menghina sultan.




FENOMENA PELIK DAN UNIK

                                                         The Danxia Landform China                 




Fenomena unik ini boleh dapat di lihat di beberapa tempat di China. Contoh ini terletak di Zhangye daerah Gansu. Warna cenuram merah ini terhasil secara semulajadi sejak berjuta-juta tahun dahulu. Batu pasir berbagai warna melatari pemandangan yang cukup membangkitkan pesona.  




                                                      Sawit Lilin Tanah Tinggi Andes Colombia




Sawit lilin adalah spesis tertinggi sawit, membesar sehingga 50 meter (150 kaki) tinggi dan hidup sehingga 100 tahun. Pokok ini hanya tumbuh di kawasan tanah tinggi Andes Colombia.




                                                                     Gunung Danxia China





                                                         Ice Skating Paterswoldse Meer Netherlands











PADERI MELAYU TERBONGKAR !!!







PADERI MELAYU ??



Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.
Saya di lahirkan di
Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang
Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke
India dan emak saya berada
di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru
untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan
tetapi gagal. Saya
terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah
bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan
istimewa, tempat tinggal,
makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami
diajar sembahyang dalam
bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam
tahun 1974, saya telah
bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia,
dari Kuala Lumpur
bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah
membawa saya tinggal di
seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami
belajar selok belok agama
Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas
untuk orang Melayu
beragama Islam (ada hingga sekarang) .Setelah
satu tahun saya tinggal
disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama
6 bulan, belajar
cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati,
talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya
belajar sekali dengan Ibu
Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita
Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita
Kristian seluruh
Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian
dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke
Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja,
saya dihantar pula ke
Filipina selama 1bulan, belajar selok belok
Kristian dalam bahasa
Inggeris dan
Bahasa Malaysia kerana terdapat orang
Malaysia,Singapura dan orang
Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai
pendakwah dibayar $60.00
sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu
dihantar ke Singapura
selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz
orang Telok Intan. Beliau
adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian
Singapura.Beliau
juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan
berhenti memegang jawatan
setiausha agong Kristian Singapore. Apabila
dilantik ke gereja saya
masih
lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya
dihantar ke Baptish
Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00,
bersama 2 orang kawan dan
sebuah
kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri
Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak
tenteram dan telah
bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu
Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah
Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang
telah
dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak
dan Johor Bahru, Manjoi
dan Rapat
Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka
Lelaki - Berseluar hitam,
berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg
James Bond (elaun satu
hari
$60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam
dan reben hitam. Di
Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza. Cara-cara
berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal
terutama pencari kerja.
Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa
tempat tinggal(asrama
120 katil, makan disediakan) didakwah dengan
kaset, cara perlahan-lahan
diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas
dibawa sembahyang akan
diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah
diberi minum-1 minggu
lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan
mendengar azan macam
menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air
itu khusus untuk orang
Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber
dari Sabah, Serawak ,
Filipina dan Singapura. Motorola adalah
penyokong dakwah Kristian ini
(terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan
Senawang). Senawang
terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang,
Haji Hanapi Saat dan Hj
Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi
bekas guru - akibat
desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk
dilanda Kristian ialah Victoria Institution.
Pengetuanya En Ismail
Rahim. 20 orang telah
Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri
dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd
Rahman (STAR)- 2 orang
Sekolah
teknik seorang pelajar perempuan (bersalib)
telah bertaubat, bila saya
tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya
dia bertaubat.
Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah
ditarik oleh seorang guru
Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En
Salleh Omar
yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada
Yusof Noor
untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia
(sebagaimana tersebar di
akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku
Khursiah, Seremban
balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam
tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.
Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak.
Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk
menawan satu
Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di
Malaysia ialah
Kamaruddin Hj
Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan
saya sebagai timbalan
padri itu.
Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling !
banyak). Beliau
pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal
untuk membuat kajian
mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar
6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400
orang telah masuk
Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama,
ada yang tidak tahu
Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk
Kristian,
mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem
$7.00 pergi ke mahkamah di
Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.
Nama dalam kad
pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan
Kristian ini. Seorang
bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu
Gajah) pernah menjadi
paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah di dalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4
syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri
Indonesia) bapak Bruto
yang
menyediakan air ini. Percetakan buku-buku
Kristian di Cheras telah
disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri
Kamaruddin Hj Ahmad Dalam
pada
berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh
dimasuk Kristian iaitu,
Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah
dipukul hingga patah
tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD
ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda
Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar." (Surah Al- Ahzab:71)
 —




                                          SILA IKUTI PERENGGAN 5.50 ... YANG MENYEBUT NAMA SALLEH B OMAR



Sumber Info : Azwan Maat
                  : Majlis Belia Selangor


SEKAMAR RINDU BUAT NOSTALGIA


Berkubang

Hati sangat terusik bila teringat zaman kanak-kanak dulu... 
Banyak nostalgia yang tak mungkin di ulangi semula...hari-hari yang penuh dengan permainan,
mandi di sungai selepas balik mengaji muqaddam,
tangkap ikan di kawasan bendang 
dan masa habis musim mengerat padi main wau. 
Bermacam-macam mainan untuk mengisi masa lapang, termasuk main guli, main congkak dan melastik burung!




Baling Tin



Kami main apa saja asalkan dapat bermain bersama teman-teman sebaya. Bila hari cuti sekolah, kadang tu kami akan bermain hingga maghrib, sampaikan ada yang di kejar ibu!! hahaha...







 Mandi Manda



Part yang selalu menjadi aktiviti kami ialah mandi manda, aktiviti ni tak perlu    

tunggu musim! Kerana kami membesar di kawasan sawah bendang, kami akan mandi di tempat air bertakung..tak kira, asalkan ada air kami akan berkubang!





Serkap Ikan


Part ni kena tunggu habis menuai padi, kami akan bawa serkap sorang satu dan bekas nk isi ikan. Yang mana sempat kami ambik, sesetengah tu ada yang bawa guni baja saja. Ikan seperti puyu, haruan, sepat dan keli memang banyak ketika tu. Time balik memasing muka dh macam-macam rupa, penuh keleboq sampai atas kepala!





Bermain Wau



Bila dah habis musim tangkap ikan kawasan bendang akan kering, kami panggil musim kemarau. Kami pakat-pakat cari pohon buluh, selepas di tebang kami akan bawa balik untuk di kerat-kerat dan kemudian di jemur supaya kering. Bila dah kering buluh tu, kami akan bawa ke rumah pembuat wau. Upahnya tak banyak pun...yang tak ada duit pun dia akan buatkan, tapi kena makan cabai melaka dulu!! hahaha...kena buli dengan Cik Li :)






SELAMAT TAHUN BARU .. ADA AZAM BARU KER??



Setiap kali tibanya tahun baru macam tradisi pulak dok tanya pasal azam.
Dah tercapai ka azam tahun lepas? Berapa persen... 40%? 60%? 90%? ...hahaha ukur pakai apa tu? Azam adalah penanda aras bahagia? Huhu..tentu tidak sama sekali!! Banyak orang yang berazam..sebab azam itu adalah impian, harapan dan daya usaha. Banyak juga yang tak dapat menggapainya, tetapi masih mampu tersenyum untuk membuat azam baru di tahun yang baru!!


Azam adalah kesungguhan yang patut di usahakan ... yang harus di buru matlamatnya supaya tercapai hasrat. Tetapi berapa keratkah yang punya semangat macam tu? Banyak yang cuma pandai mengukir ayat dari bibir, supaya orang lain nampak yang dia pun mempunyai azam .. masuk februari timbul ayat lain pulak !!! Hahaha... hilang entah ke mana..


2012 hampir sampai ke penghujungnya dan akan bermula di tahun yang baru, buatlah sesuatu yang positif supaya kesilapan akan mengajar kita tentang erti kejayaan !! Sekalung tahniah buat kawan2 yang berjaya, labuhkanlah tirai tahun 2012 dengan .. hip hip hooray :)

Chaiyok....SELAMAT TAHUN BARU







SAYANGI AYAH, KASIHI IBU






Semua orang mengejar impian, semua orang pakat-pakat sibuk memenuhi keperluan kehidupan masing-masing...
Setiap kali bangun dari tempat tidur, fikiran akan terus bermain-main, mencuba itu dan ini supaya hidup ini lebih sempurna...

Masa kita kecik-kecik dulu semua keperluan akan di sediakan oleh ayah ibu, bab makan bab pakaian bab sekolah..ayah dan ibu cuba adakan.
Susah payah hidup kita tak paham pun, yang kita tahu semua yang kita minta ayah ibu kena adakan!

Sekarang kita dah dewasa, mula dengan simpang siur hidup sendiri dan baru mula nak paham apa itu payah, apa itu perit! Anak orang berada mungkin tidak sesukar macam anak-anak orang kurang berada atau yang miskin. Depa masih ada ibubapa yang masih boleh tolong kalau susah, tapi bagi anak orang miskin? Semuanya kena usaha cari sendiri,,, nak bagi ada walau tak sehebat orang lain.

Bila kita sendiri yang kena cari, baru kita tau stress, baru kita rasa bebanan, bak kata orang Kedah,,,, baru kita kenai rabu khamis, jumaat jarang-jarang!!
Dari pengalaman ini baru kita tersedar tentang kepayahan ibu ayah menyara kita supaya kita dapat hidup bernafas sampai ke hari ini.







Tapi apakah penghargaan kita pada ibu ayah kita? Adakah kita menjengah, bertanya khabar dan menziarahi mereka? Adakah sibuk sangat kita ini sampai tak sempat luangkan masa untuk semua itu? Jangan pernah lupa bahawa ibu ayah kita, punca sumur kita, tanpa jasa mereka, umpama tiada bulan dan matahari!

Benar apa kata Pujangga, kalau kita tak mampu tentang segala-galanya untuk tanda terimakasih kita pada ayah ibu,,, berdoalah dan hadiahkan Al-Fatehah setiap kali bangun dari tidur. Itu memadai bagi yang betul-betul daif sesangat. Hikmahnya Tuhan akan mempermudahkan rezeki dan beri kesihatan yang baik pada kita.

Ayah dan ibu tidak meminta balasan atas jasa-jasa mereka, yang di harapkan cuma ingatan kasih sayang dari seorang anak....
pulanglah tika ruang berbakti masih ada...




Baju Perisai Abad Ke Enam Di Temui Di Jepun

Sekumpulan arkeologi menemui baju berperisai yang di pakai seorang lelaki yang tertimbus pada abad ke enam di sebuah kawasan yang di kenali sebagai Pompeii Jepun.




Beberapa ahli arkeologi berkata, mayat lelaki tersebut mati akibat lahar gunung berapi yang melintasi penempatannya. Mayat itu di dapati memakai baju perisai yang mengandungi plat logam. Penciptaan baju perisai itu mungkin menggunakan teknologi yang hanya boleh di dapati dari Semenanjung Korea.






Lokasi penemuan tersebut terletak di kaki gunung berapi Haruna bertempat di Kanai Higashiura dalam wilayah Gunma sekitar 110 kilometer ke barat laut Tokyo.





Penemuan yang menggemparkan itu di sebuah kawasan yang di kenali oleh peminat gunung berapi sebagai Pompeii Jepun yang merujuk kepada Kota Pompeii di Itali yang musnah dalam letusan Gunung Vesusvius pada tahun 79 Masihi.






*Sumber berita AFP

Rawan Di Hati

Terimakasih pada seorang sahabat yang hantar foto ini pada saya.
Rasa sedih meruntun tiba-tiba...rupanya masih ada di luar pandangan mata.... anak siapakah ini? 
Berhenti suap nasi..basuh tangan, rasa tak sampai hati nak habiskan makanan di pinggan. 
Teringat pada anak-anak yatim, sudah makankah mereka? 



Terkilan juga dengan kealpaan sendiri.............

Masih bermimpikah kita dengan cerita-cerita bahagia kita..?
Setiap hari keseronokkan kita di update status agar kawan-kawan dapat berkongsi kegembiraan yang di lalui....
Tapi masih ingatkah kita pada tangis sendu anak-anak fakir miskin?!
Yang hidupnya adalah duka lara, yang hidupnya entah macam mana .....
Setiap hari adalah cabaran..setiap hari adalah dugaan untuk sesuap mulut...
demi kelangsungan hidup!!




Di kala lelah mereka tiada bumbung,
Di kala lapar mereka cuma harapan.....
Melalui sedih tanpa apa-apa.....
Inikah sebuah kehidupan yang di mimpikan?

Rasa hati ......

Alhamdulillah !

Bersyukurlah kita....kerna masih punya apa yang mereka tak punya......
Masih punya saudara yang menyayangi kita.



USIA DI HUJUNG SENJA



Cuba perhatikan orang orang tua yang lebih lama hidup daripada kita?? kadang nampak mereka ni macam dah tak berminat utk hidup,kadang nampak mereka ni macam dah bosan dengan hidup yg susah,menanggung sakit,derita dan sengsara!!Di wajah mereka nampak semua itu!Dari kerut wajah dah nampak tidak ada ceria lagi!!Nampak macam depa bosan dgn hidup ini~~Yang kaya raya dan sihat memang nampak mereka lebih semangat utk teruskan hidup.. ni yg duk sugul di wajah macam ada seribu duka nestapa!!!





Iya..tiada siapa yg mahu hidup susah dan menanggung berbagai beban yg sarat....tapi takdir hidup sudah demikian jadinya, bagaimana lagi mahu mengelaknya!! Gelak sudah tidak lagi menampakkan bahagia, tawa cuma sebagai penyambung cerita2 duka semata!! 





Hidup seolah menumpang cuma....menatap keberadaan org2 kaya yg kekadang berbicara tanpa memandang muka!! Kalau ada majlis di undang juga....tapi tempat duduknya di penjuru atau bucu yg jauh dari sembang2 enteng org2 berada....





Di masa sakit ke hospital jua...tapi ubat-ubatannya cuma yg biasa, bukan macam org kaya yg ada specialist centre ... ubatan yg cuma sebagai penahan dari bisa tatkala lewat kesakitan memenuhi rasa anggota....

Kita cintakan keamanan dan kemanusiaan...adakah kita punya rasa prihatin....??
Mari sama2 berganding tangan.... membantu mereka yg di hujung usia.....



~~~ zakat, derma, bantuan serta doa ada pada kita !!! hulurkan sumbangan yg termampu ~~~


Segmen DS : Follow and Get a Present

Assalamua'alaikum 


*Klik banner di atas untuk join !

Ok nak cerita tentang Segmen ini saya ada sponsors beberapa barang yang agak menarik . 

1. Hadiah pertama akan mendapatkan blanket comforter + cd album ozon. 1x Pemenang

 

2. Hadiah kedua akan mendapat 2 katon redbull + cd album ozon . Sekaton ada 10 botol . 1x Pemenang


3. Hadiah ke tiga akan dapat sekaton white shark + cd album ozon. 1x Pemenang

If mendapat sambutan saya akan adakan lagi berupa wang tunai !  Selanjutnya sila tekan BANNER if nak join dan automaticlly anda akan terbang ke blog Dayahdanish.com . Selamat bersegmen  ye.

Dunia Bergelap Selama 3 Hari ??

BENARKAH BUMI AKAN BERGELAP SELAMA 3 HARI TANPA CAHAYA MATAHARI ?



Ramalan Saintis NASA menyatakan Bumi akan bergelap selama 3 hari mulai 23, 24 dan 25 Disember 2012?? Kita sebagai penduduk Bumi tentu merasa bimbang dan gundah gulana dengan berita ini. Apa yang perlu kita siapkan? Perlukah kita mempercayai ramalan para Saintis itu?

Mengikut apa yang di laporkan, Para Saintis NASA menjamgkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh Bumi selama 3 hari bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah "Penyejajaran Alam Semesta", di mana Matahari dan Bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya.
Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan mengalami perubahan besar dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia akan gelap tanpa sinaran cahaya Matahari!!
RamalanRRRRR





Kalau benar terjadi seperti apa yang di ramalkan, apa yang perlu kita lakukan? 
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut, tapi ramai yang tidak percaya !! Apa kata anda...??  Tepuk dada tanya akal fikiran yang waras. Kita tunggu dan lihat saja nanti pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Ini hanya jangkaan dan ramalan manusia sahaja, tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurangnya kita dah dapat info untuk kita bersedia menghadapi dunia kegelapan selama 3 hari !!

Kita bersedia tidak ada salahnya...tapi banyak juga kajian mereka sebelum ini yang tersasar, contohnya akan terjadi tsunamai besar-besaran pada tahun ini...
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu 'alam.


Sembang Santai Sosial PAKANAS

DIARI PROGRAM PAKANAS



                                        MAJLIS SEMBANG SANTAI BELIA PAKANAS JULAI 2012

Haa kawan2...inilah gambar majlis yang PAKANAS anjurkan, tujuan program yang di anjurkan ini adalah untuk menyatukan anak2 muda dan belia2 di Mukim Sanglang...yang meliputi 23 buah Kampung.
PAKANAS adalah singkatan dari Pertubuhan Kemajuan Anak2 Mukim Sanglang yang berdaftar dengan JPPM. Objektif utama penubuhan ialah membantu masyarakat untuk menangani permasaalahan yang berbagai2 contohnya, gotong royong, bencana alam, keselamatan serta menyokong agenda2 pembangunan setempat dan lain2 perkara yang melibatkan kerja2 untuk masyarakat.



Jangkaan awalnya hanya ingin menarik penyertaan sebanyak 200 orang sahaja..tetapi sambutan yang di berikan sungguh di luar dugaan, sebanyak 600 orang lebih telah menghadiri majlis ini. Pihak penganjur terpaksa menambah jumlah durian serta makanan yang lain! Turut di selitkan dalam program ini ialah lawan karom, dart serta cabutan bertuah. Di samping itu juga, pihak penganjur turut mengundang dramatis Sutun, ahli sukan Sukma serta Group Unplugged UUM, untuk segmen persembahan.



                              Gambar-gambar sekitar majlis PAKANAS di KALASIA RESTORAN



































Dengan jayanya majlis ini berlangsung akan bertambahlah semangat untuk penganjuran yang akan datang...
Terimakasih pada semua yang menjayakannya.